Portal Rasmi: tabungamanahrakyat.com.my
Tabung Amanah Rakyat ialah platform alternatif inisiatif wakaf untuk seluruh rakyat Malaysia, dilaksana dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Sumbangan anda akan disalurkan kepada projek berimpak seperti pendidikan, pembasmian kemiskinan, kesihatan, dan kesejahteraan ummah — dengan jaminan pengurusan telus serta pemantauan berkala.
“Hari ini anda boleh menjadi pencetus kebaikan yang berkekalan. Melalui Tabung Amanah Rakyat, setiap sumbangan anda akan diuruskan secara telus, dipantau pakar, dan disalurkan kepada projek wakaf yang memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kehidupan. Sertai gerakan kebaikan ini — kerana salah satu bekalan selepas mati adalah sedekah jariah yang tidak pernah putus pahalanya asbab dari manfaat yang diperolehi ummah.”
Tabung Amanah Rakyat diwujudkan sebagai satu saluran wakaf alternatif bagi memudahkan umat Islam khususnya Malaysia melaksanakan amal jariah melalui wakaf dengan penuh yakin. Kami menggabungkan tadbir urus moden, kecekapan digital, dan bimbingan syariah untuk memastikan setiap ringgit membuahkan manfaat jangka panjang dan sebagai bekalan akhirat pewakaf-pewakaf yang terlibat.
Sumbang melalui FPX/kad kredit/e-dompet. Resit digital & e-invois tersedia.
Dana diagih kepada projek terpilih berasaskan keperluan umat Islam & keberhasilan.
Pemantauan KPI, pelaporan berkala, dan audit untuk ketelusan ke atas sumbangan wakaf anda.
Semua instrumen sumbangan dan agihan disemak oleh panel syariah.
Laporan impak projek wakaf & laporan kewangan diterbitkan mengikut tempoh ditetapkan.
KPI projek dipaparkan (benefisiari, lokasi, kemajuan, penggunaan dana).
Pilih amaun sumbangan WAKAF anda. Resit digital akan dihantar ke emel.
Ya. Setiap instrumen sumbangan dan agihan melalui semakan panel syariah.
Kami menerbitkan laporan impak dan kewangan secara berkala serta audit bebas.
Fokus kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan, pembangunan komuniti dan projek sosioekonomi.
Sebarang pertanyaan kerjasama atau penyertaan negeri boleh diemailkan kepada kami.